31.12.07

bermimpi untuk bermimpi

siapa kata mimpi mainan tidur
siapa kata mimpi tak boleh dipercayai

apalah ertinya tidur jika tak wujud mimpi
mimpi itu satu keperluan
biar tidur ada nikmatnya
biar ada nyenyaknya
biar ada keluhan selepas mimpi hilang
selepas bangun dari tidur

28.12.07

impian yang masih impian

Bertahun-tahun menyulam impian
tapi
tak melebar
tak membesar
masih di perbaringan
tertidur
bergelut sesama sendiri
mimpi untuk bermimpi