22.1.06

Keindahan Dialek Kelantan

Bahasa Melayu dialek Kelatan merupakan dialek yang menarik dan unik disebabkan pelbagai alasan. Bagi penuturnya, dialek ini wajib digunakan kerana jika tidak menggunakan dialek ini apabila berkomunikasi sesama sendiri, mereka boleh dikatakan sebagai lupa akan asal usul sendiri.

Berikut disenaraikan beberapa kata majmuk yang boleh digolongkan kepada simpulan bahasa dan perumpamaan yang dikatakan digunakan oleh penutur bahasa Melayu dialek Kelantan. Dialek ini juga adalah dialek yang dinamakan dialak Melayu Patani yang digunakan di pantai timur, selatan Siam.

Senarai ini merupakan satu senarai yang dicatatkan oleh penulis bersumberkan salah satu daripada dokumen bahasa Melayu semasa bertugas di Bahagian Perkamusan, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991-1992.


1.
ban denga
mendengar dengan cermat
2.
basoh jejeh (jerok)
basah semuanya (lejun)
3.
basoh wok
terlalu basah
4.
beto selin
orang yang terlalu lurus / jujur
5.
bulak gete
bulat benar; betul-betul bulat
6.
busuk kohong
sangat busuk
7.
buto ghego
bermacam-macam jenis buta
8.
come lote
sangat cantik
9.
gelak gelemak
sangat gelap; gelap gelita
10.
gheboh bek
rebah kerana sudah tdk bertenaga lagi.
11.
gheboh blake
berihat sambil baring
12.
gheboh ghepoh
rebah hingga terguling-guling.
13.
habih awak
sangat; paling memuaskan
14.
habih o
habis licin
15.
habis kemelek
puas berikhtiar dalam membuat atau mencari sesuatu.
16.
hanguh letung
hangus semuanya (nasi dan lain-lain).
17.
hari tumah
sehari suntuk
18.
hite kerok dodol
hitam yang disukai orang
19.
huje manik
hujan rintik-rintik yang kasar (sebesar biji mutiara).
20.
ikuk ere
ikut perasaan; ikut hati
21.
jahe teropong
bodoh dan tak mahu menerima ajaran orang; bodoh sombong.
22.
jahe tukil
terlalu jahil tentang sesuatu
23.
jangok angak
melihat sesuatu dengan kehairanan.
24.
jauh jelak
sangat jauh
25.
jelate darat
perosak masyarakat; lintah darat
26.
jilak cak
mati
27.
jilak tapok tange
sesuatu benda dan lain-lain yang diharapkan.
28.
kalot-kibut
kelam kabut
29.
kelak dehe
terlalu kelat
30.
kepalo sempih
sebelah kepala yang tidak berambut; sebelah kepala botak.
31.
keta gegar
ketar; gementar kerana sangat takut
32.
keta kenaling
ketar; gementar kerana sangat takut
33.
kuca bagho
kucar-kacir
34.
kuca lana
bertaburan (tentang benda dan sebagainya).
35.
kughe sagho
agak gila-gila
36.
lari celeu
lari dengan pantas
37.
leba kelaghoh
lebai yang busuk hatinya (suka mengumpat dan mencela orang).
38.
leba puluk; leba tembolok
lebai yang suka menerima jemputan kenduri tetapi enggan dating untuk beribadat.
39.
lembu kenye
orang degil dan malas; orang yang buat tidak peduli.
40.
letih lotek
sangat letih; lesu
41.
licing dalik
tidak ada yang tinggal lagi.
42.
licing mone
tidak ada yang tinggal lagi (harta, wang dll).
43.
luah lita
luas sekali (kawasan)
44.
make di punco kain
hidup melarat; sangat miskin; makan dengan garam.
45.
manih bangun
cantik; sedap dipandang mata.
46.
manih leting
sangat manis
47.
manjo keledek
terlalu manja; sehingga kelihatan seperti nak menangis.
48.
mato gegaji
orang yang bermuka-muka
49.
mato lolong
mata yang kelihatan seolah-olah tersembul.
50.
muluk beghuh
suka membuka rahasia; suka mengeluarkan kata-kata kasar.
51.
muluk huduh
suka mencarut
52.
nondeng-nondeng
terbuai-buai; tergantung
53.
nyiur bisu
orang tua yang pendiam tetapi berakal
54.
nyiur gading
anak-anak gadis yang comel dan menjadi kesayangan ibu bapa.
55.
nyiur mase
perempuan yang tidak berguna.
56.
oghe daghak
orang yang tak tahu akan perkara atau hal; orang mundur.
57.
oghe dale
orang yang dapat bergaul dengan sesiapa juga; orang kesayangan orang ramai.
58.
oghe ilir
orang yang moden; tidak ketinggalan.
59.
oghe legheh
orang yang tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau disatu-satu tempat.
60.
oghe lulir
orang yang tahu segala hal atau perkara.
61.
padi use
orang tua yang berpengalaman banyak.
62.
pahek lepong
sangat pahit
63.
pahek peghio
buruk (keji) tetapi berfaedah atau disukai.
64.
panah benge
sangat panas
65.
panah kue
rasa panas di tempat yang terkurung dan tertutup.
66.
panah ngetek
sangat panas (matahari).
67.
panah ngetik
terlalu panas; bahang matahari.
68.
patah jetam
penyakit pecah-pecah kulit pada kaki
69.
payoh baso
susah hendak memperkatakan (sukar merunding; membincangkan sesuatu dengan seseorang).
70.
peghak hacing
terlalu hancing dan masam
71.
pelepoh nyo
merujuk hidung yang besar dan tak mancung.
72.
pendeka puluk
ahli pancak silat yang mengambil kesempatan untuk mendapat rezeki drp pengetahuannya.
73.
pendeka samba
pendekar yang pengecut dan mudah ditewaskan.
74.
pesir mato
tidak berkelip-kelip matanya apabila memandang seseorang.
75.
pighah hagik
tak mahu mendengar kata orang; bodoh dan kebudak-budakan; tolol.
76.
pine kosi
orang bodoh yang mempunyai sifat-sifat kekerasan.
77.
putih lesi
putih sekali (ttg kulit seseorang)
78.
putih luih;suih
putih sekali (ttg kulit seseorang)
79.
putih sepo
putih sekali (ttg kulit seseorang)
80.
sedak keleh
indah; cantik pada pandangan mata.
81.
sejuk senyek
sangat sejuk; sejuk seperti air batu
82.
seping kedegher
sangat bodoh
83.
tanoh kor
tanah yang terlalu keras dan berketul-ketul
84.
tawa ebe
sangat tawar
85.
tligo semping
telinga yang rabit (terpotong dll).
86.
tok saur
tdk masuk akal
87.
tuo nipoh
orang yang tua dan bodoh.
88.
tuo tebegha
orang yang tua dan lemah otaknya.