19.3.06

jauh

setiap kali
pabila mentari mengeliat bangun dari tidur
aku terkejut dari mimpi yang kelelahan

kubuka pintu kamar
satu-satu ke kiri dan ke kanan
langkah-langkahku sumbang
kehilangan arah
kebosananku bermula

sarapan
sewaktu burung-burung pulang dari pencarian
yang kujamah tak lagi menyatu
keresahanku
terpenjara rasa
dimiliki waktu
kerana
di sini aku tidak memilikimu


27 Jun 1989
Temerloh