9.2.06

aku ingin sekali

aku ingin
ingin sekali
punya hati sekeras batu
yang tak mampu dipujuk
yang tak mampu dirayu
oleh sesiapa pun

aku ingin
ingin sekali
tidak punya perasaan
yang tak mudah belas kasihan
yang tak yang mudah hiba
terhadap sesiapa pun

tetapi
aku gagal memilikinya
kerana
air mataku pun mudah mengalir
tiba-tiba
hanya kerana
cerita rekaan melodrama filem-filem hindi
hanya kerana
kesedihan tak seberapa rancangan tv3 bersamamu

ada kalanya
aku ingin
ingin sekali
lebih baik
jika tak punya hati
tak punya perasaan
supaya
aku tak mudah menangis

tetapi
kata ibuku
menangis itu fitrah manusia
untuk hidup bahagia
untuk menghadapi tekanan hidup
kita mesti menangis sekali sekala
lalu
aku memahami
mengapa kau menangis
di depanku
walaupun aku sangat yakin
kau ingin sekali menahan air mata itu

Bangi
Satu Petang Februari 2006