14.4.05

Ada Apa dengan Bahasa Melayu?


“Tiada orang Melayu, termasuk golongan yang disebut ‘nasionalis bahasa Melayu’ yang membenci atau menentang bahasa Inggeris. Yang ditentang ialah usaha, secara sedar atau tidak, oleh pihak-pihak tertentu, untuk mengembalikan kuasa bahasa Inggeris sebagai bahasa penjajah di negara ini, seperti yang berlaku semasa Tanah Melayu dijajah oleh British. ‘Nasionalis bahasa Melayu’ hari ini kebanyakannya menguasai bahasa Inggeris dengan cekap, mungkin lebih baik dan lebih cekap daripada pihak yang menuduh mereka. Dikatakan bahawa orang Melayu ‘akan rugi’ jikalau mereka tidak mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tetapi tidak ditanyakan, apakah untungnya? Tidak difikirkan soal, apakah atau bagaimanakah orang Melayu akan rugi jikalau mereka mengetahui sains dalam bahasa Melayu”.

Dato’ Hassan Ahmad
Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Petikan daripada ucaptama
Seminar Kebangsaan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia,
13 April 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home